? ??????????????Playboy Swirls (Dark)? ????? ?? ???Rating: 4.3 (189 Ratings)??496 Grabs Today. 22224 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Crazy Monkey? ????? ?? ???Rating: 4.4 (508 Ratings)??491 Grabs Today. 41609 Total Grabs. ??????Preview? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, April 3, 2010

KHASIAT BURUNG UNTA

SEREMBAN: Umum lebih mengenali burung unta sebagai burung `gergasi' kerana saiznya yang besar dengan mata bundar, kaki bak galah dan paruh yang panjang.


Kerana saiznya jugalah spesis burung ini banyak mendapat liputan media cetak dan elektronik di pelbagai peringkat dalam dan luar negara, sama ada berbentuk rencana, dokumentari atau berita semasa.


Malah, berita mengenai beberapa burung unta melarikan diri dari kawasan ladang di sini satu ketika dulu turut mendapat tempat dalam laporan media tempatan.


Nyata, tarikannya begitu kuat sehingga mampu menarik perhatian sesiapa saja, ditambah pula apabila kelebihan burung berkenaan dieksploitasi sepenuhnya.


Antara pihak yang berbuat demikian adalah syarikat Jelita Impian Sdn Bhd (Jelita Impian) yang mengusahakan ladang burung unta di Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, di sini.


Ladang di kawasan seluas 4.2 hektar itu disahkan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia.


Terkenal sebagai pusat riadah untuk seisi keluarga, Jelita Ostrich Show Farm di Jalan Jelebu bukan saja membiakkan burung berkenaan, malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan itu.


Pengunjung tanpa mengira usia boleh mencuba pelbagai aktiviti, antaranya menunggang burung unta dan paling istimewa menonton perlumbaan burung berkenaan, dipercayai yang pertama di Asia.


Itu antara kelebihan burung unta walaupun spesies burung terbesar dunia, saiz gergasi bukan penghalang untuk haiwan ini memegang rekod kelajuan terpantas antara semua burung atas darat.


Pengurus Jelita Impian, SS Abraham, yang juga pemilik ladang berkata, pihaknya giat mengeluarkan pelbagai produk penjagaan diri berasaskan pati spesies burung terbesar di dunia itu.


"Produk berasaskan minyak burung unta yang dikeluarkan adalah pembersih dan krim muka, losyen badan, sabun, syampu rambut dan badan serta cecair penjagaan rambut dan kulit kepala," katanya.


Beliau berkata, semua produk dikeluarkan selepas kajian mendalam mengenai khasiat burung unta dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak 2000.


Katanya, syarikat itu sebelum ini berjaya mendapat pengiktirafan MBR sebagai pengeluar produk penjagaan rambut dan kulit berasaskan pati burung unta pertama di negara ini.


"Produk itu dilakukan oleh Jelita Impian dan kami merancang bekerjasama dengan UTM untuk penyelidikan dan pengeluaran lebih banyak produk penjagaan diri berasaskan pati burung unta selepas ini,” katanya.


Abraham berkata, syarikatnya kini giat melaksanakan promosi produk dan sedang dalam proses melantik stokis di setiap daerah seluruh negara.


Beliau mempelawa sesiapa berminat


menjadi stokis terutama Bumiputera atau ingin mendapatkan maklumat lanjut


menghubunginya di talian 019-2120365, 06-7670707, 06-7632214 atau 06-7632168.


Orang ramai juga boleh berkunjung ke ladang burung unta Jelita Impian yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau melayari melayari laman web www.jelitaostrich.com.my.




FAKTA


BURUNG UNTA· Nama saintifik Struthio Camelus


· Spesies burung terbesar, tertinggi dan terpantas.


· Ketinggian boleh mencapai 1.3 hingga 1.8 meter.


· Kelajuan larian maksimum 70 kilometer sejam.


· Pati burung unta digunakan untuk produk kosmetik dan kesihatan.

· Patinya kaya dengan asid lemak Omega 3, 6 dan 9.


· Produk kosmetik dan kesihatan berasaskan minyak burung unta dipercayai digunakan sejak lebih 3,000 tahun lalu di Mesir dan Afrika.


· Produk minyak burung unta dipercayai mampu mengatasi masalah kulit dan keguguran rambut.

0 comments: