Menternak burung unta secara intensif mula diperkenalkan di LIT pada tahun 1994 sebagai projek printis. Stok baka pertama sejumlah 7 ekor telah dibeli dari Zoo Negara, Kuala Lumpur pada 29 Julai, 1994. Pada tahun yang sama juga, stok baka kedua sebanyak 24 ekor dari jenis merah, biru dan hitam telah diimport dari Holland pada 20 Disember. Untuk tujuan pembiakan yang baik, baka dari Negara Namibia sebanyak 18 ekor telah diimport pada 25 Oktober 1995. Stok semasa 180 ekor dalam kawasan unit seluas 11 ekar.
Objektif
Menjadi printis dan pemangkin didalam bidang ternakan baru yang belum diusahakan secara meluas di Malaysia
Membuktikan bahawa burung unta dapat mengadaptasikan diri, hidup dan membiak di tempat yang berbeza dari habitat asalnya
Menggalakkan organisasi-organisasi dan penternak-penternak yang berkemampuan untuk menceburi di dalam bidang penternakan burung unta
Cuba menandingi negara-negara dan pengeluar burung unta lain didalam aspek pengurusan, pengeluaran telur dan anak serta kos makanan dan pengeluaran makanan yang rendah
Mewujudkan satu kumpulan genetik terbaik dengan cara ujian progeny dan "culling"
Menjadikan LIT sebagai pusat rujukan di dalam bidang penternakan burung unta di Negara ini.
Memperkenalkan daging burung unta - satu-satunya daging eksotik sebagai daging pilihan utama kepada konsumer
Menampung sebahagian daripada keperluan daging merah di pasaran dengan harga berpatutan.
Saturday, April 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment